MEPS_New_Logo

MEPS digunakan sebagai perhubungan rangkaian antara bank di Malaysia. MEPS memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan bagi “Smart Card” dan “ATM – Automated Teller Machine” .”Chip-Base Card” sebelum ini telah dinaik tarafkan bagi mengatasi masalah “Magnetic-Stripe Cards” yang menjadi isu bagi semua pengguna bank.

MEPS menyediakan servis bagi kesemua rangkaian bank yang terlibat iaitu:

1. Perkongsian rangkaian ATM

  • Membenarkan pelanggan bank untuk mengeluarkan duit di mana-mana bank yang turut menggunakan MEPS. Tetapi pengguna dikenakan cas sebanyak RM 1 sekiranya menggunakan perkhidmatan MEPS ini.

2. Interbank ATM Fund Transfer (IBFT)

  • Pengguna boleh membuat pemindahan wang dari akaun bank lain ke akaun bank yang lain. Kelebihannya ialah pengguna boleh menghantar wang dengan cepat sama seperti dalam talian dan “Real-Time”.

3. Credit Card & Loan Repayment

  • Membolehkan pengguna untuk membayar pinjaman kredit kad dan juga pinjaman melalui ATM tidak kira sama ada pengguna tersebut meminjam dari bank yang sama ataupun dari bank yang berlainan.

4. Overseas Cash Withdrawal

  • Servis ini juga membenarkan pengguna untuk mengeluarkan wang di luar negara seperti di Indonesia, Singapura, Thailand, China dan juga Korea Selatan.

5. Mobile Prepaid Top-Up via ATM

  • Pengguna boleh menambah nilai kredit telefon di ATM. Pada masa ini, hanya Maxis-Hotlink, Celcom-Xpax dan DiGi sahaja boleh digunakan untuk menambah nilai di mesin ATM