Apabila storan komputer anda telahpun hampir penuh dengan pelbagai aplikasi atau program, anda mungkin bercadang untuk mengalihkannya ke suatu tempat yang berbeza tetapi anda risau jika mengalihkan sebegitu sahaja ianya mungkin akan berlaku kerosakan. Di sini anda boleh lihat serba sedikit cara untuk membantu menyelesaikan masalah anda.
Cara 1: Mengalihkan aplikasi Windows 10 ke storan yang berbeza
Cara ini hanyalah boleh digunakan jika anda memuat turun aplikasi atau program dengan menggunakan Microsoft Store.
- Tekan pada Start dan tulis Apps & features.
- Cari dan tekan pada applikasi yang dikehendaki.
- Tekan pada Move.
- Pilih storan yang dikehendaki dan tekan pada Move lagi sekali.
Jika butang Move itu digelapkan, ianya bermaksud aplikasi tersebut tidak boleh dialih kemana-mana. Jika butang Modify yang keluar maka anda perlu melihat pada cara yang berbeza.
Cara 2: Mengalihkan program ke storan yang berbeza
Cara ini tidak digalakkan oleh Microsoft kerana ia mudah untuk berlaku kerosakan seperti program itu tidak berjalan lagi atau berlaku kehilangan data. Cara yang paling selamat adalah nyahpasang (uninstall) dan pasang (install) di storan lain.
Jika anda masih mahu meneruskan dengan cara ini, anda perlu muat turun perisian yang bernama Steam Mover. Ianya asal digunakan untuk mengalihkan permainan video Steam tapi ianya berfungsi elok untuk program-program yang lain.
- Mulakan dengan membuka perisian Steam Mover.
- Di bahagian Steam Apps Common Folder merupakan lokasi folder di storan yang anda hendak alihkan, contohnya (Program File di storan C:). Tekan pada titik tiga untuk memilih lokasi.
- Di bahagian Alternative Folder merupakan destinasi folder di dalam atau storan yang anda hendak alihkan, contohnya (storan D:). Tekan pada titik tiga untuk memilih destinasi.
- Semasa anda telah melakukan langkah 2, akan terdapat senarai penuh program yang ada di dalam folder tersebut. Pilih program yang anda kehendaki atau jika hendak pilih lebih dari satu, tahan pada butang Ctrl di papan kekunci anda semasa anda memilih.
- Apabila anda selesai memilih, tekan pada butang anak panah kekanan di bahagian bawah perisian Steam Mover. Command Prompt akan terbuka dan proses pengalihan akan berjalan.
- Apabila selesai, Command Prompt akan hilang dan program yang anda pilih akan berada di storan yang anda kehendaki.
Cara 3: Mengalihkan “default installation path” di Windows 10
- Tekan pada Start dan tulis Settings.
- Tekan pada System.
- Pada bahagian kiri, tekan pada Storage.
- Skrol ke bawah dan tekan pada Change where new content is saved.
- Tekan pada drop down dan pilih storan yang anda kehendaki
Cara 4: Mengalihkan “default installation path” di Windows 8 dan sebelumnya
Cara ini tidak digalakkan jadi, apa-apa yang berlaku perlu ditanggung sepenuhnya terhadap diri sendiri. Jika anda masih mahu meneruskan dengan cara ini, anda perlu muat turun perisian yang bernama Install Dir Changer.
- Tekan Enable Editing dan tekan Yes
- Anda boleh ubah jalan (path) untuk aplikasi 64-bit dan apilikasi 32-bit. Untuk mengubahnya, tekan pada titik tiga dan pilih destinasi kehendak anda.
- Setelah anda pilihm tekan pada Apply Change.