Windows 10 merupakan satu sistem operasi yang memerlukan kemaskini seperti perisian-perisian yang lain. Kemaskini bertujuan untuk menyelesaikan isu perisian atau bug supaya pengguna dapat menggunakannya dengan lebih baik.

Walaubagaimanapun, semasa anda mengemaskinikan sistem operasi, segala fail patch dan fail berkaitan untuk kemaskini akan disimpan di dalam satu folder khas yang tersembunyi. Fungsinya adalah untuk patah balik ke sistem sebelumnya sekiranya kemaskini tersebut mempunyai masalah. Apabila dibiarkan lama, fail-fail patch ini akan memakan ruang yang banyak.

Sebelum itu, anda digalakkan untuk menyimpan folder patch yang berlokasi di C:\Windows\Installer\$PatchCache$ sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Anda dikehendaki untuk menyahaktifkan menyembunyikan folder kerana folder patch tersebut secara awalnya memang tersembunyi.

Caranya adalah dengan:

  1. Tekan pada Start dan tulis Control Panel.
  2. Tekan pada Appearance and Personalization.
  3. Di ruang File Explorer Options, tekan pada Show hidden files and folders.
  4. Aktifkan Show hidden files, folders and drives dan nyahaktifkan Hide protected operating system files (Recommended).

Cara lain yang anda boleh buat adalah dengan menaip “C:\Windows\Installer” diruangan path folder

 

Dibawah merupakan cara untuk membuang fail patch:

  1. Pastikan anda log komputer administrator atau anda tidak akan berjaya membuangnya. Tekan pada Start dan tulis cmd. Tekan pada Command Prompt.
  2. Setelah anda berada di tetingkap Command Prompt, taipkan perkataan ini, rmdir/q /s %WINDIR%Installer$PatchCache$