Anda pasti mempunyai lebih daripada lima group chat di aplikasi WhatsApp. Kadangkala group chat ini menjadi sedikit beban kerana banyak imej dan video yang kurang berguna dan disegerakkan (sync) dengan Google Photo tanpa anda sedari. Oleh itu, secara tidak langsung akan memenuhkan ruangan storan di Google Akaun anda. Menyimpan hanya imej atau video yang berguna adalah sangat penting untuk menjimatkan ruang.

Oleh itu, berikut adalah cara cepat dan bijak untuk buang WhatsApp imej daripada Google Photo dan tidak akan lagi automatik disegerakkan (sync) dengan Google Photo anda.

Carian pantas WhatsApp fail

Salah satu kebaikan WhatsApp ialah ia menyimpan fail media dalam format tertentu. Jika anda perasan, fail imej dan video mempunyai IMG-[Sequence]-WA***.jpg sebagai akhiran. Oleh itu, tugas anda ialah mencari fail ini dalam Google Photo dan buang secara manual.

Langkah 1: Buka Google Photo dan taip ‘WA’ dalam bar carian, ini akan memaparkan semua imej yang mempunyai nama imej yang disebutkan di atas.

Mobile view
Desktop view

Langkah 2: Pada telefon, anda perlu tekan lama-lama pada foto untuk memilih dan tanpa mengangkat jari anda, tarik ke bawah sehingga anda berjaya memilih semua gambar. Lalu, klik pada ikon tong sampah. Manakala, di desktop, anda hanya perlu klik checkbox seperti dalam gambar di bawah untuk memilih semua gambar dan klik ikon tong sampah dan itu sahaja.

Mobile view
Desktop view

Sorok Foto dan Video WhatsApp daripada Galeri Telefon Anda.

Menyembunyikan media WhatsApp pada mana-mana telefon Android agak mudah. Anda tidak memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga. Berikut adalah 3 langkah mudah yang perlu anda lakukan sekiranya anda pengguna Android.

  1. Buka aplikasi WhatsApp anda. Klik menu tiga titik di penjuru kanan sebelah atas dan klik Settings.

2. Pilih bahagian Chat.

3. Di sini, disable kan ‘Media Visibility’.

Itu sahaja. Mulai sekarang, semua imej, video, gif, meme, dsb. yang dimuat turun tidak akan dipaparkan dalam galeri telefon Android anda.

Bagi pengguna iPhone atau iPad, anda boleh menyekat semua imej WhatsApp yang dimuat turun daripada dipaparkan dalam galeri utama sama ada melalui Tetapan Privasi iOS atau melalui WhatsApp sendiri, diberikan di bawah.

  1. Buka Setting di Iphone anda. Skrol ke bawah dan pilih Privacy.

2. Klik Photo. Kemudian cari WhatsApp.

3. Akhir sekali, pilih None.

Tiga langkah ini akan menghentikan imej dan video WhatsApp daripada dipaparkan dalam galeri iPhone anda. Tetapan Privasi juga boleh digunakan untuk menyembunyikan gambar daripada aplikasi media sosial lain seperti Instagram, Facebook, Skype, dll.

Matikan auto backup di Google Photo

Memandangkan anda telah buang WhatsApp image di Google Photo, anda pasti ingin memastikan tidak ada lagi gambar WhatsApp yang tidak penting memenuhi ruangan storan. Oleh itu, cara terbaik untuk memastikannya ialah dengan mematikan penyegerakan (sync) WhatsApp.

Untuk berbuat demikian, pergi ke kanan untuk pergi ke ‘Setting Menu’ dan seterusnya pergi ke ‘Device folder’ lalu pilih ‘WhatsApp image’ dan aktifkan butang Backup & Sync untuk matikan.

WhatsApp image yang anda ingin backup?

Pergi ke aplikasi Galeri telefon anda dan pilih gambar yang ingin anda backup. Seterusnya, klik pada menu tiga titik di penjuru kanan sebelah atas dan klik ‘Move to album’. Pilih Camera atau Camera Roll sebagai lokasi.

Trik Google Photo: Kosongkan ruangan storan

Gambar atau video keduanya boleh memenuhkan ruang storan di telefon. Oleh itu, imej atau video yang sudah di backup tidak perlu lagi di simpan dalam storan telefon anda.

Apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke ‘Setting’ dan Klik pada ‘Free up device storage’. Cara lain, anda juga boleh klik pada ikon ‘Completed back up’ pada halaman utama. Lalu, klik ‘Free up 3.63GB (contoh) ‘ kemudian anda akan dapati tidak ada lagi gambar atau video yang sudah di back up pada Google Photo memenuhi ruangan storan telefon anda. Anda boleh menemukan gambar atau video tersebut di Google Photo.

Kesimpulannya, dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini mampu membantu anda untuk menjimatkan ruang storan bukan sahaja di galeri telefon malah akaun Google anda juga.