Malware adalah perisian jahat yang sengaja dibuat untuk membahayakan atau mengeksploitasikan komputer anda seperti melumpuhkan prestasi komputer, mengambil data-data peribadi, membuang atau menyekat daripada diakses.

Malware mempunyai beberapa jenis iaitu:

  • Virus – Melekatkan dirinya ke atau dalam fail yang bersih dan merebak ke fail yang lain melalui interaksi manusia. Ia boleh merosakkan sistem utama, membuang dan merosakkan fail.
  • Trojan – Menyamar dirinya sebagai atau bersembunyi di dalam perisian yang sahih yang telah diubahsuai. Ianya selalu berjalan secara berhati-hati dan membuat pintu belakang untuk memberi laluan masuk kepada malware lain.
  • Spyware – Berfungsi untuk mengintip dan mengumpul perlakuan serta maklumat pengguna tanpa pengetahuannya untuk dijual ke pihak yang diingini.
  • Worms – Berlainan dengan virus, worms boleh merebak dengan sendirinya tanpa memerlukan interaksi manusia. Ia mampu merebak ke seluruh rangkaian dan berfungsi mencuri atau membuang fail.
  • Ransomware ­– Mengunci akses atau menyulitkan (encrypt) fail dan mengugut pengguna untuk membuat pembayaran supaya dikembalikan semula. 
  • Adware – Tidak jahat seperti yang lain tetapi menyakitkan hati pengguna dengan mengeluarkan iklan secara agresif.
  • Botnet – Rangkaian komputer yang telah dijangkiti dan digunakan bersama untuk menyerang komputer yang diingini.
  • Keylogger – Merantau dan menjejaki apa yang pengguna taip supaya dapat maklumat sulit seperti maklumat bank.

Apakah tanda-tanda komputer anda telah diserang komputer virus?

  • Selalu berlaku pop-up windows – Ianya mungkin mengajak anda untuk melawati laman web yang mencurigakan atau mengajak anda muat turun applikasi yang mencurigakan
  • Laman utama berubah – Laman web utama anda contohnya Google tiba-tiba berubah menjadi laman web yang berbeza yang mungkin anda tidak boleh mengubahnya
  • Penggunaan Internet meningkat – Internet menjadi lambat walaupun tidak aktif menggunakan Internet kerana mungkin data-data anda tengah di hantar ke dalam Internet
  • Selalu crashesMalware boleh menyerang cakera keras atau hard drive dan mungkin menyebabkan anda tidak boleh menggunakannya lagi
  • Prestasi komputer teruk – Komputer anda secara tiba-tiba mempunyai masalah prestasi seperti lambat dalam membuka fail dan sebagainya
  • Program yang tidak diketahui berjalan apabila membuka komputer – Anda mungkin perasan program yang tidak diketahui berjalan walaupun tidak pernah membukanya atau semasa memeriksa senerai program yang sedang aktif

Bagaimana malware menjangkiti komputer anda?

  • Menerima tanpa membaca– Kadang-kadang semasa melayari Internet terdapat pop-up yang meminta anda untuk setuju dan tanpa mengenali sepenuhnya, setuju tersebut boleh menyebabkan anda memuat turun malware tanpa disedari. Hal ini boleh berlaku juga semasa memasang (install) perisian.
  • Social engineering attacks seperti phishing scams – Menghelah mangsa untuk memberikan maklumat sulit atau akses kepaad system dengan menyamar dirinya sebagai orang penting.
  • Membuka lampiran email yang dijangkiti
  • Klik pautan yang tidak diketahui
  • Perisian atau sistem operasi yang ketinggalan zaman
  • Menyambung komputer dengan perantian yang dijangkiti
  • TIada perlindungan seperti antivirus

Mitos dan salah faham mengenai komputer virus atau malware

Terdapat beberapa salah faham mengenai komputer virus yang anda perlu tahu contohnya:

  • Kewujudan malware adalah tidak jelas. Jangan menganggap anda tahu bila komputer anda telah diserang ataupun menganggap dengan adanya antivirus telah mencukupi. Hal ini kerana tujuan utama komputer virus adalah untuk merebak secara sesenyap yang mungkin.
  • Laman web yang bereputasi tidak menjamin keselamatan anda. Ianya menjadi pendorong yang lebih baik untuk meyakinkan anda untuk memuat turun dari laman web sedemikian.
  • Jangan menganggap data anda tidak penting. Apa yang anda anggap tidak penting mungkin berguna untuk mendapatkan akses ke tempat yang mereka ingini.

Anda perlu tahu terdapat beberapa mitos yang mungkin anda tahu tapi ternyata perkara itu mitos semata-mata contohnya:

  • Apa-apa mesej ralat atau error message tidak bermakna anda telah dijangkiti komputer virus, itu mungkin hanyalah ralat dari komputer anda. Mesej mengenai malware selalunya datang dari antivirus anda.
  • Malware tidak lebih teruk dari komputer virus adalah salah satu mitos yang mungkin anda pernah dengar sebab komputer virus itu sendiri adalah salah satu daripada malware.
  • Memasang semula atau reinstall Windows tidak akan menjamin komputer anda bersih dari komputer virus jika anda menyalin balik semua fail lama anda kerana malware berfungsi dengan melekatkan dirinya dengan program atau fail lama anda.
  • Firewall sahaja tidak dapat menyekat sepenuhnya dari komputer virus masuk ke dalam komputer anda kerana komputer virus mungkin lebih lecik dengan menutup firewall anda.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menghindari dari dijangkiti?

  • Memasang (install) dan menggunakanperisiananti-virus, anti-spyware dan anti-malware
  • Selalu mengemas kini perisian dan sistem operasi
  • Mengawal akses atau menghadkan hak untuk mengakses ke sistem
  • Jangan klik pautan yang mencurigakan
  • Membaca email dengan mata tajam kerana ada email yang nampak sahih tapi palsu
  • Guna password yang kukuh
  • Muat turun menggunakan laman web yang sahih dan yang diketahui
  • Jangan melayari laman web penting yang mempunyai data penting seperti maklumat bank di Wi-Fi awam atau menggunakan VPN jika mahu