Wi-Fi merupakan satu kemudahan dimana anda boleh melayari Internet tanpa penggunaan wayar tapi kemudahan tersebut mempunyai risiko yang kurang menyenangkan. Dengan hanya kewujudan kesilapan kecil terhadap Wi-Fi anda, penggodam boleh mendapatkan akses terhadap maklumat mengenai peranti anda.

Dengan kata lain, anda boleh terdedah dengan risiko:

  1. Menganggu penggunaan Internet anda dan mungkin digunakannya untuk melombong mata wang crypto.
  2. Memasang malware.
  3. Mencuri Wi-Fi anda secara percuma dimana ianya boleh melambatkan kelajuan Internet anda atau paling teruk mengakses atau melayari laman web haram dibawah nama Wi-Fi anda.

Oleh kerana itu, anda dikehendaki untuk peka terhadap petanda dimana Wi-Fi rumah anda digodam ataupun tidak. Dibawah merupakan petanda-petandanya:

  1. Password Wi-Fi rumah anda tidak lagi berfungsi atau dengan kata lain anda tidak boleh mengakses Wi-Fi rumah anda lagi.
  2. Senarai peranti yang bersambung dengan Wi-Fi rumah anda mempunyai peranti yang tidak dikenali.
  3. Anda sering dihantar ke laman web yang tidak diketahui.
  4. Terdapat program yang telah dipasang (install) tanpa pengetahuan anda.
  5. Tetapan komputer anda berubah tanpa pengetahuan anda.
  6. Trafik Internet anda mencurigakan dan ianya mungkin dengan kelajuan Internet tiba-tiba lambat.
  7. Anda sering menerima mesej antivirus palsu, mesej ransomware atau random popup.
  8. Antimalware, Task Manager atau Registry Editor dinyahaktifkan.
  9. Internet Service Provider (ISP) anda menghubungi anda.
  10. Akaun anda kehilangan wang.

Terdapat satu aplikasi Android yang boleh membantu anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut untuk mengenalpasti petanda-petanda diatas dengan menggunakan aplikasi Fing. Aplikasi ini boleh:

  1. Mengimbas rangkaian Wi-Fi anda untuk medapatkan segala maklumat berkaitan peranti yang telah berhubung dengan rangkaian Wi-Fi anda termasuk IP address, MAC address, nama peranti, model, vendor and pengilangnya.
  2. Membuat port scanning, device ping, traceroute dan DNS lookup.
  3. Menerima network security dan device alerts ke telefon dan email anda.

 

Sekiranya anda mendapati petanda-petanda tersebut ataupun mahu lebih berhati-hati, anda boleh lakukan perkara dibawah untuk mengelak atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko daripada digodom:

  1. Sekiranya anda menggunakan router, anda boleh reset router anda terlebih dahulu sebelum “update router’s firmware” untuk dikemaskini.
  2. Nyahaktifkan WPS sekiranya boleh kerana ia menggunakan PIN yang mudah untuk didapati dengan cara “brute-force”.
  3. Tukar “network name (SSID)” atau menyembunyikannya.
  4. Tukar kata laluan yang baharu (kata laluan admin jika menggunakan router) dan selalu menukarnya. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang unik dan kukuh.
  5. Aktifkan WPA2 atau WPA3 encryption supaya kata laluan anda tidak mudah untuk didapati dari luar atau dengan cara “brute-force”.
  6. Tutup Wi-Fi anda sekiranya tidak digunakan seperti keluar dari rumah untuk bekerja, melancong lama dan lain-lain supaya tiada siapa boleh mengaksesnya atau mencuba untuk mencuri Wi-Fi.

Anda juga boleh menggunakan perisian antivirus untuk melindungi Wi-Fi anda seperti Avast Free Antivirus yang sentiasa mengimbas dan memeriksa rangkaian anda daripada aktiviti atau peranti yang mencurigakan.

Checking a Wi-Fi network with the Wi-Fi Inspector tool in Avast Free Antivirus