- Seperti yang diketahui , quota saiz mailbox email untuk setiap staf adalah sebanyak 2,000 MB.
- Quota ini meliputi jumlah keseluruhan bagi folder Inbox, Sent, Trash dan folder-folder lain.
- Jika diuruskan dengan baik, saiz sebesar ini sudah cukup untuk digunakan oleh setiap staf untuk sepanjang perkhidmatannya , jika tidak, sebanyak mana saiz yang diberi tidak akan mencukupi.
- Anggap seperti sebuah rumah, sebanyak mana barang masuk tetapi tidak disusun dan dibuang rumah tersebut akan jadi sesak.
- Sebarang email tidak dapat masuk jika saiz quota ini telah penuh 100%).
atau
- Dimana warna saiz mailbox bertukar kepada merah
Soalan Biasa
- Saya sudah banyak buang (delete) email dalam inbox tapi quota masih penuh.
Penyelesaian
A. Kosongkan Folder Trash
- Gerakkan cursor ke folder Trash kemudain klik sebelah kanan butang tetikus
- Gerakkan cursor ke Empty Trash dan klik
- Trash folder akan kosong
B. Buang email yang bersaiz besar
- Klik folder Inbox
- Kemudian klik pada menu Size
- Klik sekali lagi pada menu Size (untuk sisih saiz email)
- Email yang bersaiz lebih besar akan berada di sebelah atas
- Sebelum buang email, sila pastikan fail lampiran yang perlu (pilihan) hendaklah disimpan di dalam computer
- Tandakan mana-mana email yang bersaiz besar tersebut untuk dibuang
- Klik sebelah kanan butang tetikus
- Gerakkan cursor ke Delete dan klik
- Email yang dibuang tersebut akan masuk ke dalam folder Trash
- Kosongkan folder Trash seperti langkah A di atas
- Gunakan langkah-langkah di atas untuk folder-folder lain seperti folder Sent, Junk dan lain-lain
- Selepas melakukan langkah-langkah tersebut, akan didapat baki quota akan bertambah di mana didapati warna penggunaan quota akan bertukar