Mahukah anda dengan mudah mengetahui jika anda menerima email dari rakan atau menunggu email penting dengan pantas tanpa perlu login ke email server dan cek berkali-kali ?

Ada cara lebih mudah apabila terdapat aplikasi semakan inbox email yang akan melakukan kerja-kerja tersebut. Dengan ini juga anda dapat mengelakkan akaun email yang akan di delete jika sudah lama tidak login.

Ketika anda online, aplikasi ini akan menyemak dengan sela masa tertentu dan akan memaklumkan kepada anda.

Untuk aplikasi khas

Pop Peeper merupakan aplikasi yang memaparkan email yang diterima pada “Task Bar” dan juga memberitahu pengguna tentang email yang baru diterima. Email seperti “Hotmail/Outlook.com”, “Yahoo”,”Gmail”,”MyWay”,”Netzero” serta “Juno” mampu untuk dipaparkan oleh aplikasi Pop Peeper.

Pop Peeper juga boleh digunakan untuk menghantar email. Ini dapat memudahkan tugas para pengguna daripada membuka browser hanya untuk mengakses email. Perisian ini juga membenarkan pengguna melihat mesej yang diterima sama ada menggunakan HTML ataupun Notepad.

Pop Peeper juga merupakan aplikasi mudah alih, ini bermakna pengguna tidak perlu install ke dalam komputer. Ciri-ciri keselamatan juga telah di bina di dalam aplikasi ini. Kata laluan diperlukan jika ingin menggunakan aplikasi ini.

pop peeper

Klik pautan ini untuk memuat turun aplikasi Pop Peeper

Terdapat pelbagai lagi aplikasi yang boleh digunakan untuk melihat email antaranya

1. SimpleCheck E-Mail Notification Client
email1

2. Chrysanth Email Notifier
email2

3. Mail Alert
email3

 

 Untuk aplikasi menumpang pada pelayar anda

X-notifier merangkumi semua jenis email yang ada di Web.

http://xnotifier.tobwithu.com/dp/

Jika ada yang lebih selesa dan selalu menggunakan pelayar (browser) anda boleh install plugin / addon / extension pada browser kegemaran anda seperti Mozilla Firefox, Chrome dan lain-lain.

Mozilla Addon

Chrome Extension

Malah jika anda ada banyak email ianya lebih memudahkan.

emailnotification