Soal Jawab Akses Ke Internet

Pengenalan

Pusat Teknologi Maklumat ingin mengucapkan selamat datang ke Rangkaian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di kampus induk Parit Raja dan juga cawangan Pagoh. Kami berterima kasih kerana anda berminat menggunakan rangkaian kami

Pelawat Luar

Jika anda bukan staf tetap mahupun pelajar di UTHM ini anda perlu mendaftarkan akaun anda dengan merujuk pegawai yang menguruskan makmal atau komputer tersebut
Beliau akan membantu anda untuk mendapatkan id dan password sementara
Sebaiknya beliau sudah maklum tentang kehadiran tuan/puan dan membantu dalam menyediakan id dan kata laluan lebih awal. Wasap dan sebut Daftar ID

Pelawat Bertempoh

Jika anda berurusan di UTHM untuk tempoh yang lama seperti Pelajar Praktikal, Pekerja Kontrak di dalam UTHM, Kontraktor UTHM, Subcon dan badan-badan organisasi untuk UTHM anda boleh juga dapatkan id khas untuk anda. Wasap kami dan sebut Daftar ID

Pelawat Institusi Pendidikan Luar

Jika anda adalah institusi yang menyertai eduroam anda boleh mengakses rangkaian kami dengan menggunakan email dan kata laluan organisasi anda

Staf dan Pelajar

Semestinya keseluruhan staf, staf sambilan dan juga pelajar di UTHM boleh mengakses rangkaian UTHM dengan menggunakan Staff kata laluan TCIS
Pelajar kata laluan SMAP

Antara kesilapan yang dilakukan ketika login internet hanya untuk wired dan bukan wifi

1. Salah password email Microsoft sepatutnya password TCIS (Staff) atau SMAP (Student)
2. Ruangan ID tidak betul / terbalik (@edu.uthm.my) / salah aturan (nama@my.student.uthm)
3.Password kurang 8 aksara perlu tukar password baru

Jika anda ingin akses rangkaian wifi boleh rujuk sini