Buli siber adalah satu amalan komunikasi yang bertujuan untuk mengancam, memberi gangguan atau sebarang penghinaan yang berterusan yang dilakukan melalui media elektronik seperti laman media sosial, telefon pintar, email, mesej teks (SMS), chatting atau permainan di internet melalui individu atau secara berkumpulan.

Pembuli di alam siber lebih agresif kerana identiti mereka yang sukar dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar. Selalunya pembuli ini dalam kalangan remaja dan pernah mengalami menjadi mangsa buli.

Perbezaan antara buli siber dan buli secara tradisional

  • Ketidaktahuan (anonymity) – Secara tradisional, mangsa boleh mengenal siapa yang membulinya tapi dengan secara siber, pembuli boleh menyembunyikan identiti. Oleh kerana itu, pembuli mungkin membuli dengan lebih keras kerana tidak perlu risau akan identitinya tersebar.
  • Tanpa henti – Mangsa boleh berhenti dari dibuli jika keluar dari tempat yang dibuli seperti disekolah tapi apabila buli dilakukan secara siber, pembulian itu tidak akan terhenti dan menyebabkan mangsa sukar untuk melarikan diri.
  • Publik – Pembulian secara siber boleh berlaku secara publik contohnya di sosial media dimana boleh dilihat oleh sesiapa sahaja dan mangsa boleh berasa lebih teruk. Hal ini lebih teruk kerana sesiapa sahaja boleh menjadi pembuli dan mereka tergolong dalam kategori ketidaktahuan (anonymity).
  • Kekal – Apa-apa yang dipos di Internet akan kekal selamanya jadi, pembulian siber boleh merosakkan nama dan mendera mangsa selamanya. Walaupun mangsa cuba untuk membuang kandungan pembuli, pihak lain boleh posnya semula ditempat lain.
  • Sukar untuk ditinjau – Hal ini kerana sehingga mangsa bercerita atau pihak lain mempunyai akses terhadap aktiviti dalam talian mangsa, mereka besar kemungkinan tidak mengetahui masalah buli siber.

Cara buli siber berlaku

  • Menghantar mesej yang mengganggu dan mengancam mangsa.
  • Menyebarkan email, video, gambar kepada orang lain.
  • Memulaukan individu tertentu daripada sesebuah kumpulan di internet dengan sengaja.
  • Mencuri dan menyalahgunakan kata laluan atau username atau menyamar sebagai orang lain.
  • Memuat naik komen, menghantar mesej, gambar atau video yang berunsurkan seksual untuk menjatuhkan maruah seseorang.

Cara mengesan seseorang itu mengalami masalah buli siber

  • Berasa resah atau marah semasa melayari Internet menggunakan komputer atau telefon bimibit.
  • Menjadi berahsia sehingga segera mematikan perantian jika ada yang mendekatinya atau tidak mahu bercerita tentang apa yang dilakukan semasa melayari Internet.
  • Secara tiba-tiba menjauhkan diri dari melayari Internet padahal dahulunya gemar berbuat sedemikian.
  • Berasa ingin berseorangan dan menjauhkan diri dari bersosial dengan rakan yang lain.

Kesan buli siber

  • Boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung, marah serta masalah mental yang lain.
  • Boleh menyebabkan mangsa mula berasa stress sehingga mempunyai masalah tidur, pening kepala dan sakit perut.
  • Mangsa juga berpotensi membunuh diri sendiri.

Bagaimana mengatasi masalah buli siber

  • Jangan kongsi butiran peribadi di laman media sosial.
  • Awasi nada dan makna mesej yang ditulis kerana kemungkinan ia boleh disalah tafsir.
  • Mengabaikan komen atau cacian yang dilemparkan.
  • Jika pembuli siber mengganggu anda melalui mesej, komen atau panggilan telefon, anda boleh block nombor telefon mereka supaya tidak diganggu lagi.
  • Membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap perlakuan si pembuli siber ini.
  • Simpan segala bukti yang berkaitan dengan pembulian siber supayamudah untuk membuat tindakan undang-undang.

Apa yang anda boleh lakukan jika seseorang mempunyai masalah buli siber

  • Yakinkan mereka yang mereka tidak bersalah dan yakinkan bahawa anda sentiasa ada jika mereka mahukan pertolongan.
  • Yakinkan mereka untuk bercerita masalah yang dialami ataupun sekurang-kurangnya menulis surat kepada ahli keluarga yang kisah.
  • Rekodkan atau screenshot buli siber untuk dijadikan bahan bukti kemudian hari.
  • Mengingatkan mereka bahawa tidak menjadi masalah untuk berjumpa dengan orang yang pakar seperti ahli psikologi dan kaunselor.
  • Perlu mengingatkan diri bahawa anda tidak perlu untuk menyelesaikan masalah tetapi untuk menjadi tempat sokongan bagi mereka.

Rujukan :

  1. http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/
  2. https://pdfcoffee.com/buli-siber-2-pdf-free.html
  3. https://online.maryville.edu/blog/what-is-cyberbullying-an-overview-for-students-parents-and-teachers/
  4. https://www.bullying.co.uk/cyberbullying/effects-of-cyberbullying/