Bekerja dari rumah atau lebih dikenali dengan Work from Home (WFH) merupakan konsep dimana pekerja melakukan pekerjaannya di rumah. WFH memberi fleksibiliti waktu pekerjaannya disamping membantu pekerja untuk menyeimbangkan dirinya dengan waktu bekerja dan waktu di rumah. Setelah satu dunia dilanda wabak Covid-19, ia telah memaksa sebahagian atau kebanyakan syarikat untuk mengadaptasikan cara WFH untuk kekal berfungsi.
Definisi WFH adalah sungguh ideal dan ibarat suatu mimpi indah buat pekerja tetapi secara relistiknya, ia boleh menjadi lebih teruk dari bekerja di dalam pejabat. Contohnya, bekerja di dalam rumah akan menyebabkan pekerjaan anda bergantung sepenuhnya dengan keadaan anda seperti kestabilan pencapaian Internet dan perangkaian yang kukuh. Hal ini tidak termasuk lagi dengan suasana di rumah yang di mana anda mungkin mempunyai anak kecil dan sebagainya. Oleh kerana itu, bagaimana rasanya jika anda ingin menjadikan suasana WFH anda kepada suasana yang idealistik dan produktif?
- Meletakkan garis sempadan yang jelas
WFH boleh menyebabkan anda tidak mengenali waktu bekerja ataupun waktu untuk berehat kerana anda kini berada di rumah, melaksanakan pekerjaan anda di dalam persekitaran yang selesa. Oleh kerana itu, ia sangat penting untuk membuat satu jadual waktu seperti di dalam pejabat. Contohnya, apabila ada loceng berbunyi dirumah, abaikan jika berasa tidak penting
- Sentiasa berhubung
Selalu berhubung dengan sesama rakan sekerja kerana bekerja di rumah terutamanya yang tinggal seorang dirumah mengurangkan stress seolah-olah berhubung di dalam pejabat. Masalah kedua adalah WFH menyebabkan anda boleh hilang tempat bertanya dan mengurangkan produktiviti. Oleh kerana itu, perjumpaan secara talian adalah digalakkan sepenuhnya supaya tidak ketinggalan.
- Melaksanakan simulasi bekerja
Jangan buat kerja anda di atas katil, ia boleh mendatangkan lebih mudarat dari keselesaan sebab anda telah mengaburi diri sendiri tempat yang sepatutnya digunakan untuk berehat digunakan untuk bekerja yang mempunyai meja dan kerusi lengkap seakan seperti berada di pejabat. Selain itu, jadikan satu bilik anda sebagai tempat kerja anda tidak membiarkan anak atau orang luar keluar masuk di dalam bilik waktu WFH. Dengan ini, anda boleh bekerja dengan penuh fokus dan tanpa gangguan.
- Sentiasa bersenam dan makan makanan seimbang
Perkara ini tidak perlu lagi diingatkan kerana walaupun bekerja di pejabat, senaman dan makan makanan seimbang tidak diabaikan juga. Walaubagaimanapun, tidak boleh dinafikan apabila bekerja di rumah, anda lebih cendurung untuk makan makanan yang tidak berkhasiat seperti kerepek-kerepek.
- Pastikan mendapat rehat yang mencukupi
Apabila anda WFH, sempadan antara kerja di pejabat dan di rumah menjadi kabur, apa yang di pejabat waktu rehat menjadi sama apabila di rumah, jadi jangan lupa dan pastikan ambil rehat supaya tidak kerja berlebihan.
- Pastikan mempunyai kelengkapan yang cukup
Perkara ini boleh dikatakan asas apabila anda WFH iaitu anda perlu memastikan anda mempunyai peralatakan yang boleh menyokong suasana WFH terutamanya internet yang stabil.