Anda mungkin telahpun selalu mendengar kepentingan untuk membuat backup terhadap fail atau folder yang penting. Ianya berfungsi sekiranya berlaku kerosakan data ataupun diserang virus atau ransomeware dimana fail atau folder yang anda telah membuat backup boleh dikembalikan dan digunakan semula.

Google Drive atau OneDrive (jika anda melanggannya) mempunyai keistimewaan dimana anda boleh backup fail dalam folder ke Google Drive anda serta synchronize secara automatik. Ini bermaksud jika anda menetapkan sesuatu folder contohnya bernama “Work”, segala fail yang anda letak didalamnya akan automatik berada di dalam Google Drive di ruang Computer. Apabila anda memasukkan atau membuang fail di dalam folder tersebut, ia akan synchronize dan kemas kini dengan automatik dan segera.

 

Dibawah merupakan cara untuk menggunakannya:

  • Apabila selesai, pilih CHOOSE FOLDER dan pilih folder yang anda ingin dijadikan medium untuk dijadikan backup.

  • Jika tidak keluar seperti gambar diatas, anda boleh membukanya dengan tekan pada gambar awan yang bertajuk Backup and Sync from Google, tekan pada titik tiga di bahagian atas kanan dan tekan pada Preference.

  • Di ruangan Google Drive adalah jika anda mahu fail dan folder yang berada di Google Drive anda akan dimuat turun dan synchronize ke dalam komputer anda.