Windows Patch
![]()
Kita sering menhadapi masalah bagaimana untuk memastikan PC di dalam keadaan selamat. Antara langkah pertama sentiasa memastikan Windows Patch (tampalan) adalah terkini. Namun proses download Windows Update benar-benar membuat kita terasa seksa menunggu.
Mungkin masih ramai lagi yang belum mendapatkan versi patch Service Pack 1 apatah lagi Service Pack 2. Service Pack ini adalah gabungan semua patch yang ada untuk memastikan sistem operasi Windows kita dalam keadaan selamat. Kepada yang sentiasa awas tentang isu ini tentu PC mereka telah pun dilengkasi Service Pack 1 sekurang-kurangnya. Namun kepada yang tidak jelas isu ini jika anda sudah mempunyai Service Pack 2 anda tidak perlu lagi mempunyai Service Pack 1 untuk di install. Kerana semua tampalan yang dibuat sudah dimasukkan ke dalam Service Pack 2.
Bagi yang belum melakukan Service Pack 2 pada sistem operasi Windows XP, anda bolehlah memuaturun fail di sini.

Setelah selesai melakukan instalasi Service Pack 2 anda boleh mendownload fail ini dimana ianya merupakan semua gabungan patch selepas Service Pack 2 iaitu dari Oktober 2004 hinggalah ke May 2007.
Untuk mendownload patch ini sila klik sini

Jadi selepas ini anda boleh membuat Windows Update tanpa memerlukan internet untuk melakukannya. Utiliti Autopatcher ini amat berguna kerana kita boleh memilih patch dan aplikasi apa untuk di masukkan ke dalam sistem operasi kita. Pastikan ia sentiasa di dalam pendrive anda. Manalah tahu jika kita memerlukannya bila menggunakan pc rakan.
Setelah selesai mengemaskini Patch May 07 anda bolehlah melakukan Patch update Jun 07 dan Julai 07
Selepas Ogos 2007 Update ini Autopatcher sudah tidak mengeluarkan update untuk bulan September dan seterusnya. Jangan mudah terpedaya dengan update-update yang lain kerana ianya merupakan virus.
Ini adalah kerana Microsoft tidak membenarkan lagi Autopatcher membuat gabungan patch kerana ditakuti hacker akan mengambil kesempatan dan memasukkan virus ke dalam utiliti ini.
29 April 2008
Kini Microsoft telah mengeluarkan Service Pack 3. Sila download di sebelah kanan muat turun.
Selamat mencuba.