Windows Genuine Advantage
![]()
Seperti yang kita ketahui Microsoft telah memulakan langkah memastikan versi Microsoft Windows mereka adalah asli sejak dahulu lagi. Namun langkah terakhir mereka lakukan adalah dari segi proses Windows Update dimana pengguna terpaksa install WGA "Windows Genuine Advantage tool" untuk memastikan proses "patch" dapat di gunakan oleh semua.
Namun pengguna yang membeli PC mahupun laptop tidak dapat memastikan sebenar-benarnya adakah mereka memiliki Windows yang asli. Untuk itu kita sebagai pengguna haruslah berhati-hati ketika membeli apabila ditawarkan pada harga yang berpatutan.
Antara yang perlu anda pastikan adalah sticker yang tertampal di casing komputer anda seperti ini. Selalunya setiap pembelian di sediakan sistem Operasi Windows XP yang original dan disediakan Cd berserta no serialnya sekali.

Langkah perlu diperhatikan adalah Sticker tertera "product key" dan terdapat garisan "silver" pada bulatan merah yang tertera "Genuine".