Time Server
Seringkali kita menghadapi masalah masa pada perakam waktu Touch Attendance System (TAS) seperti pada perakam B waktunya tidak segerak (sync) dengan perakam A. Bukan setakat itu sahaja malah masa pada server-server yang ada kadangkala tidak sama dengan masa yang sepatutnya . Dan pihak PTM telah mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan Time Server ataupun Pelayan Waktu dimana ianya merupakan satu cara mudah untuk mengemaskini waktu seluruh UTHM dengan berpandukan pada Time Server ini.
Time Server yang berada di UTHM ini adalah mengikut waktu sebenar waktu Malaysia dan ianya sentiasa segerak (synchorinize) dengan Time Server di Kuala Lumpur. Terdapat 3 Time Server yang berada di dalam kampus UTHM ini dimana ianya terletak di bangunan A5 dam C2 dan satu lagi terletak di dalam kampus cawangan bandar BCB.
Dengan adanya Time Server ini pengguna seperti kita berhubung dengan sistem yang sedia ada seperti SKEW dan server DHCP (mendapat IP secara automatic) tidak akan mempunyai masalah. Penghantaran email jugak perlu menetapkan masa yang sebenarnya agar server UMS tidak conflict dengan masa pada server itu sendiri.
Untuk memastikan masa di pc anda adalah segerak (sync) dengan masa di time server anda bolehlah mengikut langkah-langkah yang tertera di bawah.

Klik pada jam PC yang tertera pada penghujung sebelah kanan bawah monitor anda.

Tekan pada tab Internet Time dan taipkan time.uthm.edu.my
Kemudian tekan apply dan tekan butang Update Now dan setelah selesai tekan butang ok.
Selamat mencuba
!