System Restore
![]()
"System Restore" merupakan utility yang ada untuk pengguna Windows XP sejak Windows ME lagi. Namun ramaikan tahu apa fungsinya ? Ianya menyimpan setiap maklumat konfigurasi apabila kita "install" (pasang) dan "uninstall" (buang) aplikasi. Tujuannya jika berlaku masalah untuk akses Window anda. Anda boleh selamatkannya. Ianya umpama seperti Undo bagi aplikasi Word yang biasa kita gunakan.
Namun cuba anda bayangkan jika setelah setahun anda tidak membuat kemaskini fail-fail itu? Adakalanya cakera keras anda penuh dan membuatkan komputer anda jadi lembap. Ada sesetengah kes di mana data disimpan adalah separuh dari saiz cakera keras itu. Masalah yang sering dihadapi adalah semua antivirus tidak boleh akses ke folder "system restore" ini adalah polisi Windows. Cara terbaik adalah untuk mematikan sementara sistem ini ketika proses "scanning".
Jika anda betul-betul yakin dan tidak memerlukan "system restore" disini disediakan langkah untuk mematikan fungsi "disable" system restore.
- Klik Start > All Programs > Accessories > Windows Explorer.
- Klik Kanan My Computer and select Properties.
- Pilih tab System Restore.
- Pilih Turn off System Restore.
- Tekan Apply

Untuk membuang fail restore anda perlulah menggunakan Disk Cleanup
Disini disediakan langkah-langkah untuk membuang fail-fail di dalam folder System Restore iaitu System Volume Information
klik pada Start > All Programs > System Tools > Disk Cleanup

Dan pilih pada partition C:

Pilih tab More Options dan klik pada Clean up…

Dialog box akan tertera dan pilih Yes.
Dan perhatikan perbezaan ruangan hard disk komputer anda. Selamat mencuba