Sent Email
Masih ada staf UTHM yang tidak mengetahui mereka mempunyai akaun email sendiri ? Ya ! Memang benar dan anda mungkin tersenyum sendiri ketika ini jika anda salah seorang daripadanya. Jadi, seperti yang anda sedia maklum, setiap pengguna email diperuntukkan sebanyak 20MB ruang storan untuk mereka menyimpan kesemua email yang diterima. Di UTHM, sistem mail elektronik yang digunakan adalah menggunakan sistem berasaskan web ataupun biasa disebut sebagai "web-based email". Oleh itu, sebagaimana perkhidmatan email yang lain seperti YahooMail,Hotmail, dan sebagainya, Mail KUiTTHO dapat dicapai dimana sahaja melalui Internet.
Namun ramai yang tidak mengetahu jika anda menghantar email. Satu salinan email (copy) akan di letakkan di dalam folder Sent. Dan ini akan memenuhi ruang saiz yang diberikan pada setiap user jika mereka tidak membuangnya (delete).
Jika anda ingin membuang email dalam folder ‘Sent‘ itu ianya sama seperti membuang email dalam folder Inbox.

Kedudukan Folder Sent di atas menu Email

Pergi ke menu "Options" dan pilih "Settings" dan buang tandaan pada "Sent Messages" jika anda tidak mahu fungsi ini