Presentation Tool
Di dalam kampus Universiti sememangnya memerlukan alat persembahan (presentation tool) bagi memudahkan tugas pengajaran dan proses pembelajaran. Namun adakalanya masalah yang dihadapi seperti kekurangan projektor ataupun kerosakan teknikal menyebabkan terganggunya proses pembelajaran ini.
Tetapi itu bukanlah alasan untuk menangguhkan pengajaran apabila menghadapi situasi ini. Kertas edaran seperti nota dan sebagainya dapat membantu. Bagi makmal komputer yang mempunyai rangkaian, ini tidak menjadi satu masalah kerana terdapat aplikasi yang menyediakan sistem audio dan video “broadcast”.
Kami telah menjumpai “Presentation Tool” yang berguna dan mudah untuk digunakan dan ia dinamakan “ScreenStream” dan ia merupakan aplikasi percuma “freeware”.
Aplikasi ini apabila di pasang “install” ianya akan terus menjadi pelayan penyiaran “broadcast server” dimana ianya dapat dikawal sepenuhnya dari segi audio, video dan juga pergerakan tetikus.
Aplikasi ini juga tersedia dengan Akses Code dimana penonton perlu memasukkan kod sebelum boleh melihat apa yang ditayangkan.
Untuk konfigurasi aplikasi ini.

Sila pilih Options

Letakkan Access Code (password)

Pastikan Konfigurasi seperti berikut
Local Computer : “Automatic (IP Anda):80″
Untuk mengakses sila gunakan Pelayar Web seperti Internet Explorer, Mozilla ataupun Opera.

Jangan lupa untuk bypass proxy kerana ianya hanya di dalam rangkaian dalaman.
Untuk memuaturun fail ini sila klik sini.
Untuk melihat presentation itu hanya menggunakan pelayar web sahaja.