Pendrive Suatu Alternatif

Pada isu kali ini saya ingin membawa satu topik mengenai kebaikan menggunakan pendrive berbanding hardisk biasa untuk menyimpan data backup.

Backup data adalah penting terutama yang melibatkan maklumat sulit peribadi atau organisasi. Backup data perlu dilakukan secara konsisten dan berjadual. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kehilangan data.Di sini saya tidak mahu menerangkan mengenai lebih lanjut mengenai apa itu backup tetapi saya ingin menyarankan penggunaan pendrive untuk membuat backup data. Kerap kali kita dengar dokumen yang kita telah sediakan selama bertahun - tahun di dalam hardisk tiba - tiba hilang disebabkan oleh kerosakan harddisk ini adalah suatu yang tidak seharusnya berlaku.

Pendrive

Pendrive seperti yang kita sedia maklum mempunyai banyak versi dan saiz. Antara jenis yang popular ialah seperti jenama Kingston, Trancend, Sandisk dan saiz pendrive juga sekarang sudah lebih 1GB. Antara kebaikan menggunakan pendrive ini ialah ia mudah dibawa kerana saiznya yang kecil dan ringan. Tidak seperti hardisk yang besar dan berat serta tidak boleh dibawa kemana-mana. Selain itu pendrive juga tahan lasak dimana jika anda terendam di dalam mesin basuh pun pendrive masih boleh digunakan.

Seperti yang kita sedia maklum menggunakan hardisk sebagai medium backup adalah kurang praktikal pada masa sekarang. Selain daripada saiz fizikalnya yang besar ia juga tidak mudah alih. Walaupun pada masa sekarang ada penggunaan portable hardisk namun rata-rata individu terutama pelajar senang untuk menggunakan pendrive. Apa yang penting di sini pendrive itu perlulah dijaga rapi oleh anda agar maklumat di dalamnya tidak diambil oleh individu lain. Anda juga boleh set katalaluan untuk akses pendrive.

Hard Disk
Berbanding dengan hardisk pula , ia lebih terdedah dengan risiko kerosakan fizikal. Apabila berlaku gegaran pada komputer kadangkala boleh menjejaskan cakera keras. Selain itu aliran elektrik yang tidak sekata juga memberikan kesan. Apabila perkara sebegini sering berlaku akhirnya akan menyebabkan hardisk rosak secara keseluruhannya.

Akhir kata saya ingin menyatakan di sini bahawa penggunaan pendrive sebagai satu alternatif lain medium backup boleh dikatakan satu jalan yang bijak. Namun anda haruslah sentiasa melakukan backup (secara berjadual) serta menjaga pendrive anda dengan baik bagi mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat. Sampai di sini dahulu artikel untuk bulan ini. Saya mewakili Unit Keselamatan IT, Pusat Teknologi Maklumat mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sekian

Idea asal dari Norman Mohamad Noah
Sahizan Bin Mohd Sagi, PTM

free hit counter