Microsoft Word Recovery

Office

Ada sesetengah pengguna Windows beranggapan bila ada cacing seperti ini semestinya virus.

Temp Office Files

Namun ramai tidak mengetahui itu adalah sebenarnya Temporary Files ketika sedang membuka Word. Semua maklumat perubahan dan proses undo tersimpan di dalam fail yang berbentuk cacing ini. Sehingga pengguna membuat penyimpanan dokumen ‘Save’ barulah semua maklumat terkini dikemaskini kepada fail yang sebenar.

Cuba pula anda menutup fail dokumen Word itu. Sudah tentu cacing yang dianggap virus itu hilang.

Pernahkah anda mengalami PC ‘hang’ (sangkut) atau bekalan elektrik terputus ketika membuat kerja di dalam Word ? Dan apabila anda ‘restart’ dan membuka semula Word fail yang anda edit tertera di dalam Recovered Files walaupun anda tidak sempat untuk menyimpan (save) dokumen itu.

Untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar setiap kerja kita di simpan terus Microsoft Word ada caranya.

Pilih Tools > Options
Options

Pilih tab Save

Save Tab

Sebaik-baiknya tukarkan nilai kepada setiap 1 minit. Dan kemudian tekan OK.

Oh yer, jika berlaku di mana fail cacing ini masih berada di dalam folder anda. Walaupun Microsoft Word tidak dibuka. Anda boleh membuang (delete) fail ini tanpa rasa bersalah.

Ini disebabkan Microsoft Word ditutup dengan cara yang salah dan proses membuang fail temp itu tidak selesai.

free hit counter