Menyimpan email UTHM menggunakan Thunderbird
Tahukah anda Email UTHM boleh disimpan di dalam PC anda ? Walaupun ianya merupakan webmail, namun server email ini dilengkapi dengan POP (Post Office Protocol) agar email yang berada di server akan disalurkan kepada mana-mana PC.
Terdapat beberapa email client yang boleh didapati secara percuma. Antaranya Outlook Express dan juga Thunderbird. Outlook Express telah terbina di dalam sistem operasi Window, namun untuk lebih sekuriti pihak kami menggalakkan anda menggunakan Thunderbird.
Aplikasi Thunderbird ini juga dikeluarkan oleh Mozilla Foundation yang mengeluarkan perisian pelayar web seperti Firefox.
Untuk mendapatkan aplikasi Thunderbird sila kemuka depan untuk download versi terkini.
Setelah selesai download dan install.
Klik pada File > New > Account

Letakkan nama anda di ruangan pertama, sebaiknya-baiknya nama penuh dan pada ruangan kedua letakkan alamat penuh email UTHM anda. Ini adalah kerana nama ini akan tertera pada setiap penerima email anda. Kemudian tekan Next

Pilih POP dan letakkan alamat server webmail pada ruangan kedua. Pastikan Use Global Inbox tidak ditanda agar setiap akaun email akan berada pada folder masing-masing.
Letakkan username email untuk anda login.

Letakkan nama akaun ini sebagai Email UTHM.
Selepas proses ini pastikan Download Messages Now tidak di tanda agar proses memuat turun email ke PC dilakukan kemudian.
Jika Thunderbird meminta kebenaran untuk Import Setting sila abaikan.
Jika aplikasi ini meminta password sila masukkan password email anda.

Untuk menyelenggara akaun email anda sila klik di Menu atas aplikasi pada Tools >> Account Settings.
Pilih pada Server Settings dan tentukan bagaimana anda hendak menyimpan email.
Leave messages on server adalah untuk menyimpan email dalam server. Jika anda tidak menanda pada ruangan ini semua email akan didelete di dalam server dan dipindahkan kepada PC anda.