Hauri Virobot Desktop 5.5

Penggunaan antivirus pada setiap PC adalah sangat penting. Antivirus sama pentingnya seperti seorang doktor yang merawat pesakitnya. Namun jika anda ‘menginstall’ lebih dari 1 antivirus, ia bukanlah merupakan jalan penyelesaiannya. Ianya bagai berjumpa 2 doktor dengan penyakit yang sama di mana pendapat seorang doktor berkata begini dan seorang lagi berkata begitu ..
Sebelum ini UTHM menggunakan aplikasi antivirus RAV, namun kini ianya telah digantikan dengan Hauri Virobot Desktop dan merupakan produk keluaran Korea.

Pihak kami telah pun membuat perbandingan antara aplikasi antivirus yang popular yang lain seperti Norton dan PC Cillin namun Virobot Desktop berjaya dengan 2 kriteria utama yang kami tekankan. Penggunaan CPU yang rendah ketika ’scanning’ (mengimbas) dan juga proses ‘update’ (kemaskini) fail antivirus. Proses ‘update’ antivirus ini juga penting dari hari ke hari kerana virus-virus terkini sentiasa muncul dan antivirus tidak dapat mengesan virus jenis baru jika ianya tidak di’update’.
Proses ‘update’ antivirus Virobot ini dilakukan melalui server UTHM. Maka setiap PC tidak perlu memuat turun fail ‘update’ dari server luar. Kami telah pun menetapkan polisi di mana setiap 2 jam ‘SiteClient’ (agen Virobot) akan menyemak fail ‘update’ dalam server di UTHM ini. Dengan ini juga ‘bandwidth’ (jalur lebar) UTHM tidak sesak ketika semua PC melakukan proses kemaskini fail antivirus tersebut.

Kehadiran ‘SiteClient’ dapat dipastikan jika anda dapat melihat ikon seperti di bawah pada ’system tray’ di PC anda:

Agen Virobot : ISMS Client 3.5


Klik kanan pada ISMS Client 3.5 dan pilih User Manager untuk melihat ‘log file’.


Di dalam tetingkap ini anda akan dapat melihat ‘Log file’ proses ‘update’ yang dilakukan secara automatik dengan kekerapan 4 jam sekali.


Klik butang Start >Programs >Virobot Expert >Virobot Expert untuk melarikan aplikasi Virobot dalam Start menu Windows.

Virobot Expert ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri ‘Auto Protect’ dimana ianya telah tersedia ada dalam memori Windows dan apabila virus dikesan, Virobot Desktop akan mengeluarkan mesej kepada anda bahawa virus telah dikesan. Jadi anda tidak perlulah ’scanning’ virus pada masa-masa tertentu. Walaubagaimanapun, untuk ’scaning’ ’spyware’ adalah menjadi suatu yang perlu untuk anda membuat ’scanning’ secara manual dengan menekan butang scan di dalam aplikasi tersebut.

Jika anda ingin menginstall Virobot ini sila telefon 4537295 (Kampus Induk) atau 4538083 (Kampus Bandar), Unit Aduan dan Kerosakan.

free hit counter