GUI Windows XP

Windows

Anda suka antaramuka Windows XP ? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Ini mungkin kerana bar alat "toolbar" dan semua menu yang ada terlalu besar bagi anda. Tetapi masalah ini dapat diselesaikan kerana Windows XP telah menyediakan setting di mana anda boleh mematikan antaramuka XP yang menggunakan banyak ruang RAM dan juga cip pemprosesan "CPU" anda. Malahan dengan mematikan "disable" GUI ini , aplikasi yang anda gunakan tidak akan menimbulkan masalah atau ralat "error". Penggunaan harian PC anda akan menjadi lebih cepat kerana mempunyai ruang yang lebih pada RAM dan tidak banyak proses yang berlaku pada "CPU".

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
Langkah 1

1. Klik kanan pada ikon My Computer dan pilih Properties dan anda akan dapat melihat tetingkap seperti di bawah.

Langkah 2

2. Klik pada tab Advanced dan klik pada butang Settings yang pertama dan anda akan dapat melihat tetingkap seperti di bawah.

Langkah 3

3. Pilih pada tab Visual Effects dan klik pada "radio button" ke-3 : Adjust for best performance, kemudian klik pada butang Apply dan butang OK.
Sila tunggu sebentar kerana Windows sedang memproses permintaan anda.

free hit counter