Firefox
Anda sudah biasa dengan surfing internet menggunakan Internet Explorer ? hm .. kali ini pihak IT Info mencadangkan agar anda menggunakan Firefox. Ianya merupakan Internet browser yang kian mendapat tempat di kalangan pengguna Windows, Linux dan juga Mac.
Aplikasi ini hanya sebesar 4.7 Megabyte dan kelebihan pada Firefox ini menggunakan tab browsing. Anda boleh ‘browse’ seberapa banyak page serentak tapi hanya menggunakan satu window sahaja. Anda boleh buat perbandingan penggunakan Internet Explorer anda dan juga browser Firefox ini mana lebih laju.
Antara kelemahan Internet Exporer ianya diintegrasikan dengan sistem operasi Windows di mana terdapat pelbagai laman web di dalam Internet mengambil kesempatan dan cuba untuk menyelinap masuk ke Windows pengguna hanya dengan penggunaan Internet Explorer ini. Jadi anda kena berhati-hati dengan tidak mudah menekan OK pada mana-mana laman web yang tidak dikenali.
Namun terdapat satu masalah bagi pengguna Windows. Dimana jika anda ingin menggunakan Windows Update anda terpaksa menggunakan Internet Explorer.

Antaramuka aplikasi Firefox menggunakan ‘tab browsing’.
Untuk mendapatkan Aplikasi Firefox sila klik dikategori Muaturun untuk mendapatkan versi yang terkini