Etika Penggunaan Email Rasmi UTHM
Etika Penggunaan Email Rasmi UTHM
Email Rasmi UTHM adalah dirujuk kepada semua email individu, PTJ yang menggunakan mail @uthm.edu.my
Berdasarkan kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/2003 berkaitan dengan email elektronik di fasa 12.
Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan e-mel rasmi Kerajaan seperti:
1. menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain;
2. menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah;
3. menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik;
4. menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah;
5. menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, e-mel sampah, e-mel bom, e-mel spam, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia;
6. menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain;
7. menghantar semula e-mel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasat punca kejadian; dan
8. membenarkan pihak ketiga untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal bagi pihaknya