Computer Name

Konfigurasi komputer yang selaras dan seragam adalah satu perkara penting terutamanya bagi sesebuah institusi pendidikan seperti UTHM yang mempunyai kemudahan komputer yang banyak dan semakin bertambah. Dengan konfigurasi komputer yang seragam dan betul, ianya bukan sahaja membantu kelancaran penggunaannya malahan turut memudahkan pemantauan, pengurusan dan penyelenggaraan keatas alatan IT tersebut dari semasa ke semasa.

Salah satu konfigurasi asas pada komputer di UTHM yang perlu diseragamkan ialah nama komputer tersebut atau "Computer Name". Bayangkan jika nama Jaybon yang digunakan pada komputer anda dan PC tersebut telah dijangkiti virus ? Ini akan menyukarkan tugas untuk mengesan pengguna PC ini dan lokasinya. Keadaan akan bertambah buruk jika virus itu tadi telah tersebar secara meluasnya di dalam sistem rangkaian UTHM. Akibatnya sistem rangkaian akan menjadi sesak dan perlahan kerana terdapat banyak PC yang "broadcast" tinggi sekaligus menjadikan rangkaian yang ada seolah-olah tidak selamat untuk dihubungkan kepada komputer kita.

Begitulah pentingnya konfigurasi komputer yang seragam dan betul. Dalam konteks ini nama komputer yang perlu diletakkan adalah menggunakan nama dan nombor sambungan telefon anda. Sebagai contoh seperti Ahmad1103. Ruangan "Workgroup" juga perlu diisi sebagai maklumat tambahan.

Sebagai panduan,anda bolehlah mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik kanan pada ikon My Computer dan pilih menu Properties. Anda akan dapat melihat tetingkap seperti di bawah:

2. Pilih pada tab Computer Name dan klik pada butang Change. Anda akan dapat melihat tetingkap seperti di bawah:

3. Pada ruangan Computer name:, isikan nama dan nombor sambungan telefon anda. Dalam contoh ini: ahmad1103. Kemudian klik pada butang radio Workgroup: dan isikan nama pusat PTJ, jabatan ataupun fakulti diruangan yang disediakan.
4. Klik butang OK. Komputer akan meminta anda "restart" semula PC. Selesai.

free hit counter