Ccleaner
PC anda penuh dengan fail-fail yang anda tidak tahu ianya wujud seperti .tmp dan sebagainya lagi ? inginkan ianya di buang (delete) tapi takut untuk melakukannya hanya kerana tidak pasti sama ada PC anda boleh beroperasi kembali ?
Kami telah menjumpai satu aplikasi pembersih "cleaner" untuk membuang fail-fail yang tidak penting serta memperbaiki regisrty PC anda dengan percuma.
Malah ia mampu membuang alamat url di dalam Internet Explorer di mana anda tidak mahu ianya dilihat lagi. Utiliti ini amat berguna walaupun ianya percuma kerana selalunya aplikasi yang percuma ini tidak seberapa baik dari segi fungsinya.
Cubalah dan alami apa yang aplikasi ini boleh lakukan.

Untuk menggunakannya pastikan ruangan “Advance” di pilih

Di dalam ruangan Application

Di ingatkan agar tidak menanda semua aplikasi Microsoft Office anda seperti Office 97, 2000, XP,2003 dan 2007. Ini adalah kerana ia akan buang semua fail-fail setup simpanan. Jika ianya dibuang setiap kali selepas anda membuat Windows Update untuk patch aplikasi Office ia akan meminta CD.
Setelah membuat pilihan tekan “Analyze” untuk proses scan dahulu fail-failnya. Setelah selesai analyze anda boleh terus tekan “Run Cleaner” untuk membersihkan komputer anda dari sebarang file yang masih tersimpan di komputer anda

Setelah siap melakukan proses buangan fail, kini anda perlu lakukan juga pada bahagian Registry bagi memanstikan komputer anda bersih daripada sebarang konfigurasi aplikasi yang pernah di install yang masih tertinggal di dalam komputer anda setelah perisian itu di uninstall.
Anda perlu klik pada “Scan for issues” setelah selesai scan anda perlu klik “Fix Selected Issues“.
Jika ia meminta untuk di backup anda perlu abaikan sahaja.
Untuk mendapatkan versi terkini sila klik sebelah kanan ruangan muat turun