Barang yang hilang
Tahukah anda bahawa pengawal keselamatan tugasnya bukan sahaja memastikan keadaan di dalam UTHM ini selamat malahan mereka juga membantu jika anda kehilangan barang-barang seperti dompet, laptop, kunci kenderaan dan lain-lain lagi.
Adakala kita sering terlupa atau cuai meninggalkan barang-barang itu di dalam premis kerja mahupun makmal. Dan masih terdapat insan yang benar-benar ikhlas membantu di kalangan staf mahupun mahasiswa dengan menyerahkannya kepada pengawal keselamatan kita.
Jadi jika anda terjumpa sesuatu atau kehilangan sesuatu janganlah segan untuk berjumpa dengan pengawal keselamatan pihak UTHM.
Siapa tahu kelak kita pula yang bakal kehilangan sesuatu ..