Banyak antivirus lagi bagus

Sering kita dengari dan beranggapan seharusnya jika kita memasang (install) banyak antivirus lagi bagus. Namun kita tidak mengetahui. Ianya umpama kita sakit pinggang, dan berjumpa dengan beberapa doktor. Doktor A kata sakit itu. Manakala Doktor B pula mengatakan sakit ini. Bayangkan ?

Ini adalah kerana apabila beberapa antivirus itu berada di dalam PC. Antivirus yang telah diset untuk "load" yang pertama akan memegang atau mengawal memori komputer. Manakala antivirus kedua tidak dapat mengesan virus itu kerana antivirus pertama telah mengesannya dahulu dan memastikan tiada apa dapat mengakses fail itu selagi ianya tidak dibersihkan. Memang di akui ada sesetengah antivirus itu tidak dapat mengesan beberapa virus. Namun memasang antivirus kedua dan ketiga bukanlah jalan penyelesaian.

Untuk langkah terbaik jika kita mengetahui fail virus itu dimana. Kita hantar virus itu ke laman web syarikat antivirus itu. Semestinya mereka telah meletakkan ruangan untuk menghantar virus bagi memastikan antivirus mereka berkesan. Dalam masa sehari mereka akan menyiapkan update dan virus itu segera dapat ditangani.
Ada juga antivirus lain mengesan antivirus lain sebagai virus. Ini adalah kerana antivirus itu sendiri mampu membuang fail dan dianggap sebagai virus. Pelik kan?

free hit counter