Amalan Positif Untuk Menjaga Keselamatan Email UTHM
Email sepertimana yang kita ketahui adalah merupakan
satu medium penghantaran maklumat yang penting. Perkembangan teknologi internet pada masa kini telah mendedahkan email kepada pelbagai jenayah penipuan termasuk SPAM dan sebagainya.Memandangkan email UTHM adalah merupakan satu medium komunikasi yang sangat penting terutamanya untuk menyelesaikan tugasan harian satu garis panduan amalan positif perlu diikuti oleh semua staf bagi menjamin keselamatan email.
Pertama, elakkan daripada menggunakanemail rasmi yang diperuntukan oleh UTHM untuk urusan selain tugas rasmi. Contohnya menggunakan email rasmi UTHM untuk melanggan /newsletter /dari laman web luar, mendaftarkan email rasmi untuk laman friendster, lelong.com dan mana – mana laman web yang memerlukan email semasa pendaftaran. Ini adalah kerana dikhuatiri apabila kita melanggan sesuatu dari laman web yang kita tidak kenali ini akan mendedahkan email kita kepada ancaman
virus worm dan trojan.
Kedua, jangan percaya kepada email yang meminta anda memasukkan nama pengguna dan katalaluan samada akaun bank , kad kredit dan sebagainya dengan alasan untuk mengesahkan akaun anda. Ramai individu yang telah tertipu dan apabila mereka memasukkan katalaluan akaun bank duit dalam simpanan mereka hilang.
Ketiga, berhati – hati dengan laman web palsu. Contoh yang terkini ialah laman web Maybank2u. Jangan sekali – kali memasuki laman web Maybank2u melalui alamat url yang dihantar melalui email kepada anda. Pastikan anda menaip sendiri alamat url tersebut di browser. Jika anda klik pada url yang diberikan pada email, anda akan dapati rupa bentuk laman web tersebut adalah sama seperti yang asli namun sebaik sahaja anda login kedalam laman web palsu tersebut anda telah memberikan
akses kepada penjenayah internet mengodam akaun bank anda.
Keempat, elakkan daripada melayan email yang menawarkan anda hadiah loteri bernilai puluhan ribu USD atau Pound. Biasanya email yang sebegini datangnya daripada Nigeria atau Afrika selatan. Penghantar email biasanya akan menyatakan
yang anda menang hadiah dan meminta anda untuk menghubungi agen penghantaran hadiah anda untuk membayar kos penghantaran yang bernilai lebih USD 1,000. Andaikata anda membayar kos tersebut maka anda akan kehilangan wang tersebut dan hadiah yang dijanjikan tidak akan anda perolehi sampai bila-bila.
Antara sebab mengapa kami mengeluarkan panduan seperti ini ialah kerana server email UTHM sudah beberapa kali di blacklist akibat terlalu banyak SPAM dan perkara – perkara yang tidak sepatutnya. Kes seperti ini seharusnya menjadi tanggungjawab bukan sahaja Pusat Teknologi Maklumat tetapi seluruh warga UTHM. Jika seluruh staf dan pelajar UTHM memainkan peranan kami yakin kes seperti ancaman virus yang serius atau pencerobohan dari luar keatas infrastruktur internet kita tidak akan berlaku.
Kelima, jangan melayari laman web yang berunsur perjudian online. Trend terkini spyware pada masa kini ialah ia sering berselindung disebalik popup laman web perjudian tersebut. Buat masa kini belum ada antivirus yang boleh mengesan kehadiran spyware dengan format yang sedemikian. Oleh itu jauhilah laman web perjudian kerana ia bukan sahaja menghanguskan duit anda malah komputer anda juga mungkin turut menerima kesan yang buruk.
Keenam, jangan muatturun fail atau sebarang lampiran yang dihantar kepada kita tanpa di imbas terlebih dahulu. Ini adalah kerana kita sebagai pengguna kadangkala tidak tahu samada fail yang kita terima itu telah dijangkiti virus ataupun tidak. Jika kita memuatturun tanpa melakukan imbasan andaikata fail tersebut memang telah dijangkiti ini akan memberikan kesan kepada pc dan akan merebak kepada pc lain. .
Ketujuh, bagi yang gemar mencari pendapatan tambahan melalui internet anda pasti pernah menjumpai tawaran kerja di rumah ( work – at – home scheme ). Tawaran sebegini seringkali juga diiklankan di email anda. Tawaran kerja sebegini biasanya akan meminta anda untuk membayar dahulu deposit samada USD 19 , USD 30, USD 100 dan sebagainya. Andaikata anda telah membayar wang deposit tersebut selepas itu anda tidak akan lagi mendapat
maklumbalas mengenai pekerjaan yang dijanjikan. Oleh itu JANGAN ENDAHKAN sebarang email yang berbentuk begini.
Kelapan, elakkan daripada melayan email yang menawarkan anda hadiah loteri bernilai puluhan ribu USD atau Pound. Biasanya email yang sebegini datangnya daripada Nigeria atau Afrika selatan. Penghantar email biasanya akan menyatakan yang anda menang hadiah dan meminta anda untuk menghubungi agen penghantaran hadiah anda untuk membayar kos penghantaran yang bernilai lebih USD 1,000. Andaikata anda membayar kos tersebut maka anda akan kehilangan wang tersebut dan hadiah yang dijanjikan tidak akan anda perolehi sampai bila-bila.
Begitulah antara perkara – perkara yang perlu kita ambil perhatian untuk menjamin keselamatan email dan maklumat peribadi kita agar tidak diganggu gugat oleh penjenayah internet yang tidak bertanggungjawab. Selaku warga UTHM kita seharusnya bertanggungjawab keatas email rasmi yang diperuntukan kepada kita. Diharapkan garis panduan diatas dapat dijadikan amalan sehari – hari bagi memastikan keselamatan email anda terjamin. Kita jumpa lagi di masa akan datang dengan topik artikel yang baru.
Artikel ditulis oleh Sahizan Bin Mohd Sagi, Pegawai Teknologi Maklumat