Agen UTHM

Tentunya ramai di kalangan staf UTHM yang masih tidak mempunyai agen UTHM pada PC mereka. Untuk memastikannya, sila lihat dalam ’system tray’ PC anda iaitu di penjuru kanan bawah monitor.
Contoh boleh dilihat sebagaimana gambar di bawah:
agen uthm

Untuk memastikan PC anda mempunyai agen UTHM pastikan logo UTHM tertera pada ’system tray’ di PC anda. Antara fungsi utama agen UTHM ini adalah:

  1. Dapat menyebarkan mesej penting dari semasa ke semasa melalui ‘pop-up’ dengan cepat dan berkesan.
  2. Membuat ‘Windows Update’ yang kritikal sahaja secara berperingkat melalui ’server’ UTHM.
  3. Pelaksanaan sistem ini, beban penggunaan jalur lebar ‘bandwidth’ UTHM dapat dikurangkan dimana setiap PC tidak perlu berhubung secara langsung pada ’server’ Microsoft di Amerika untuk proses mengemaskini fail Windows. Agen ini akan berhubung dengan ’server’ di UTHM dan proses ‘update’ hanya dilakukan di dalam rangkaian UTHM.

Jika anda ingin ‘install’ agen UTHM ini bolehlah menghubungi talian 4537295, Unit Rangkaian dan Senggaraan, PTM.

NOTA:
Pastikan juga agen ini hanya di ‘install’ pada PC milik UTHM dan bukan pada PC kepunyaan peribadi. Ini adalah kerana ianya akan merekodkannya sebagai milik UTHM.

free hit counter