Microsoft Office Melayu

Office
Inginkan Microsoft Office anda mempunyai spell checking (cek ejaan) dalam bahasa Melayu ? Dalam versi Office 2003 ini Microsoft telah menyediakan spell checking dalam versi Bahasa Melayu. Ianya hanya untuk Microsoft Office 2003 sahaja. Microsoft Office sebelum ini seperti Microsoft Office 97, 2000, XP terpaksa "upgrade" (naik taraf) untuk menggunakan spell cheking ini.

Kali ini langkah yang perlu dilakukan amat rumit sedikit. Sila baca dan fahami langkah-langkah ini dengan betul.

Sila klik Download dan install di dalam Windows anda.

1. Selepas ‘install’ , pergi ke Start Menu dan cari Program Folder Microsoft Office dan klik pada Microsoft Office 2003 Language Setings.

2. Pilih tab Enabled Languages. Dan pastikan hanya ada 2 sahaja enabled language dalam kotak sebelah kanan iaitu English dan Malay. Jika ada lebih sila klik bahasa itu dan tekan butang <<Remove .


3. Buka aplikasi Microsoft Office 2003 anda. Dan pilih Tools pada "toolbar" (bar alat) anda. Kemudian klik pada Options.


4. Pilih tab Spelling & Grammer dan pastikan Check spelling as you type di cek.

5. Langkah seterusnya, anda harus memilih Language dengan memilih Tools > Language > Set Language.


6. Pilih English dan cek pada Do not check spelling or grammar.


7. Buka kembali Set Language , seperti dalam langkah ke-5 dan pilih Malay dan klik pada butang Default dan tekan ok.

8. Langkah terakhir untuk memastikan anda telahpun berjaya menetapkan bahasa Melayu dengan cuba menaip ejaan yang salah dan klik kanan pada mouse anda dan pastikan Language > Malay telah pun di cek dan cadangan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu tertera.
) Selamat berjaya.

free hit counter