Ramai tertanya-tanya apakah kebaikan menggunakan versi yang percuma dari yang berbayar? Dan ada pula yang beranggapan versi percuma tidak bagus langsung. Tanggapan itu sebenarnya salah kerana enjin ataupun sistem antivirus mereka adalah sama tiada perbezaan dari yang percuma mahupun berbayar.

Perbezaan yang ketara adalah dari segi ‘protection’ / keselamatan yang disediakan. Selalunya yang berbayar mempunyai semua ciri seperti tersedia antispyware dan firewall yang lebih efisien. Sebagai contoh, Kaspersky Internet Security menggunakan system watching component yang menjadikannya lebih baik dalam mengesan ancaman malware dan virus computer.

Antivirus berbayar juga memberikan kawalan yang lebih besar terhadap data peribadi anda dan meningkatkan perlindungan terhadap aktiviti talian yang sensitif seperti perbankan.

Langkah menyediakan antivirus percuma ini merupakan strategi pemasaran mereka agar kita membeli yang berbayar kerana selalunya semua ciri tersedia dan server untuk kemaskini (update) adalah lebih cepat dan berkesan dalam jangka masa yang panjang kepada komputer anda.

Sebenarnya sesuatu antivirus itu tidak dapat dinilai terbaik untuk satu jangka waktu. Dimana ada kalanya ia tidak dapat mengesan sesuatu virus. Untuk memastikan keberkesanannya sekiranya fail virus baru itu dapat dikesan, tindakan yang perlu diambil adalah dengan melapor dan menghantar virus itu kepada website antivirus itu sendiri.

Dengan kaedah menghantar virus baru kepada syarikat antivirus, anda telah membantu pengguna lain di dunia yang belum terkena virus itu.

Antivirus versi percuma bagus dan digalakkan untuk gunakannya sebagai satu langkah keselamatan pada komputer anda. Jadi pengguna tidak perlulah merasa ragu-ragu lagi terhadap antivirus versi percuma berbanding yang berbayar.