Webcam merupakan alat yang bersambung dengan komputer anda. Ia boleh merakam, mengambil gambar atau digunakan sebagai videophone yang bertindak secara realtime dan kemudian menyebarkannya ke Internet yang dinamakan persidangan video. Walaubagaimanapun, kebanyakan webcam yang dimiliki tidak mempunyai keupayaan untuk menetap kamera tersebut untuk melaraskan cahaya dan sebagainya.

Webcam Setting Tool for Windows 10, klik disini untuk memuat turunnya, mempunyai keupayaan untuk berbuat sedemikian. Anda digalakkan untuk memuat turun portable kerana ia tidak memerlukan sebarang installation. Kemudian, anda boleh melaraskan webcam tersebut mengikut kehendak anda.